Anda bercadang memulakan sebuah perniagaan baru pada tahun 2020 secara atas talian? Jika ya, anda perlukan sekurang-kurangnya satu nama domain. Apa yang anda perlu fikirkan berkaitan domain dan nama domain?
Domain penting untuk meletakkan dimana lokasi website anda agar dapat memudahkan proses pencarian. Manakala nama domain merujuk kepada pengenalan sesebuah organisasi atau perniagaan, sebaiknya anda letakkan nama domain yang ringkas dan menarik supaya mudah untuk diingati oleh pembeli.
1.Lokasi Perniagaan
Misalnya, anda ingin meluaskan perniagaan anda ke Singapore anda perlu membeli domain .sg , bagi membolehkan website anda berada di dalam lokasi Singapore. Jadi sebagai contoh anda menggunakan gula-gula.sg maka sesiapa yang menaip nama domain gula-gula.sg di Singapore akan menjumpai website anda terlebih dahulu
2. Saiz Perniagaan
Jika anda baru memulakan perniagaan, satu domain sudah cukup memadai untuk anda gunakan.
3. Melindungi Identiti Perniagaan
Bagi perniaga yang sudah mempunyai nama di pasaran sebagai contoh Lazada, Shopee, dan lain-lain mungkin anda perlukan beberapa domain lain untuk memastikan identiti perniagaan anda di lindungi dan menghindari daripada pengguna tersalah alamat
4. Harga Domain
Pekara yang anda selalu bimbangkan adalah dari segi harga. Sebagai pengguna anda perlu bijak mencari pembekal domain yang menawarkan pakej yang berpatutan. Jika anda ragu-ragu untuk membeli domain, kami boleh membantu anda memilih domain pada harga dan pakej yang menarik di movahost. Layari https://movahost.my/ untuk pakej yang menarik.