BAGAIMANA UNTUK MEMILIH SPESIFIKASI HOSTING YANG TERBAIK UNTUK WEBSITE ANDA?

Panduan ini dapat membantu anda membuat keputusan dalam memilih hosting yang terbaik untuk website anda.

Dengan meneliti setiap makna yang ditawarkan oleh syarikat hosting, anda dapat menentukan syarikat mana yang menawarkan pakej terbaik untuk memenuhi keperluan anda.

Seterusnya anda dapat menjimatkan masa dan wang.

Tips pemilihan hosting yang anda boleh semak:

1. HARGA

Ini adalah faktor utama yang selalu kita lihat dalam memilih syarikat hosting. Apabila melihat harga, kita harus ingat bahawa kita dapat apa yang kita bayar. Kalau beli barang yang murah, kemungkinan kualiti produk itu juga sama nilai dengan apa yang anda bayar.

“What you pay, you get back”

Fungsi yang bagus dan support yang power serta hardware yang berkualiti untuk hosting selalunya berharga mahal dan hosting yang menawarkan harga RM30 setahun selalunya tidak menawarkan perkara ini.

Sebagai pengguna, anda selebihnya cakna dengan pakej yang ditawarkan oleh setiap syarikat, barulah anda boleh bandingkan harga. Ingat, “Good Thing Comes With Price”.

2. CUSTOMER SUPPORT

Kenapa customer support penting? Servis ini penting kerana hosting merupakan tempat penyimpanan data. Jadi pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku seperti website down dan lain-lain.

Anda perlu mencari syarikat yang menawarkan customer support 24 hours untuk memudahkan komunikasi jika berlaku perkara sedemikian.

3. SPEC YANG DITAWARKAN

Dalam bisnes online, kita harus mengelakkan downtime yang berpanjangan. Ini adalah kerana masa adalah wang.  Pembeli tidak suka untuk menunggu sesebuah website itu memaparkan saepenuhnya halaman mereka dalam masa yang panjang. Kemungkinan besar pembeli tersebut akan pergi ke website lain untuk urusan pembelian dan sebagainya. Disini anda telah kehilangan si pembawa wang.

Jika website anda mempunyai trafik yang sedikit, Share hosting yang paling asas sudah mencukupi untuk website anda.

Dengan kata lain, jika website anda menjalankan perniagaan atas talian dan mempunyai trafik yang besar, maka VPS atau dedicated adalah pilihan yang tepat untuk anda guna.

4. REKOD UPTIME

Syarikat hosting yang anda pilih harus mengambil setiap langkah untuk memastikan uptime yang maksimum. Memang tiada syarikat yang mampu memberi jaminan 1oo% uptime, tapi sekurang-kurangnya ia mampu menawarkan 99% uptime secara purata.

5. PILIH SYARIKAT YANG MEMPUNYAI REPUTASI TINGGI

Setelah anda selesai senaraikan ciri-ciri yang anda perlukan untuk website anda, langkah seterusnya ialah memilih syarikat yang mempunyai reputasi yang baik.

Jika anda memerlukan pakej hosting yang menarik dengan harga yang murah sila layari https://movahost.my/ .

Copyright © 2024 Mova