Pelanggan pascabayar dan prabayar empat syarikat telekomunikasi utama negara akan diperuntukkan internet berkelajuan tinggi secara percuma, dengan kuota satu gigabait (GB) sehari, mulai 1 April ini sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan pemberian kuota secara percuma untuk pelanggan syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis serta U Mobile itu adalah untuk digunakan antara jam 8 pagi hingga jam 6 petang.

“Panggilan percuma juga diberikan kepada pelanggan untuk menghubungi talian hotline Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) , beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, antaranya internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta, mulai 1 April ini sehingga tempoh pelaksanaan PKP ditamatkan.

CARA MENEBUS DATA MUDAH ALIH UNTUK RANGKAIAN DIGI,CELCOME,uMOBILE, & Maxis :

1. Maxis  – Perlu Ditebus Setiap Hari



Penawaran data percuma ini tersedia untuk semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis (kecuali pengguna MaxisONE). Penebusan perlu dibuat setiap hari dan hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja (penggunaan di luar waktu yang dinyatakan akan diambil kira daripada data sedia ada).  Penebusan data boleh dibuat menerusi tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.

2. UMobile –  Daftar & Terima Secara Automatik

UMobile menawarkan data percuma ini kepada semua pelanggan semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband (kecuali pengguna WeChat Go). Data ini tersedia untuk semua perkhidmatan Internet termasuk melayari web, penstrumab video serta perkhidmatan lain dan boleh digunakan untuk hotspot.

Untuk makluman, penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Pengguna boleh menyemak baki kuota dengan mendail 1186# untuk prabayar atau 1187# untuk pascabayar. Untuk penebusan, sila dail :

3. Celcom – Penebusan Tidak Diperlukan



Tidak seperti Maxis dan UMobile, pelanggan Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia akan tersedia secara automatik di dalam akaun setiap hari. Data internet ini juga hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan baki data yang tidak digunakan akan terhapus serta tidak boleh di bawa ke lain hari.

Penggunaan untuk hotspot juga dibenarkan untuk tawaran data percuma ini. Internet percuma hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja. Pelanggan boleh menyemak baki kuota data ini menerusi aplikasi Celcom Life atau mendail nombor di bawah,

4. Digi – Internet dan Panggilan Percuma


Untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti, semua pelanggan pascabayar dan broadband Digi akan menerima data Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari.

Data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi. Selain itu, mana – mana pelanggan prabayar Digi yang menambah nilai RM10 dan keatas layan menikmati Internet serta panggilan percuma seperti berikut :

Copyright © 2024 Mova