Ramai orang nak jadi ikon dan famous. Jika anda berniaga, semestinya anda hendak kedai atau bisnes anda dikenali ramai. Betul?

Tapi malangnya hari-hari tension. Susah betul nak dapat pelanggan, nak dapat whatsapp, komen, pm pun susah.. Semua susah!

Bagaimana nak mulakan perniagaan anda supaya ramai orang kenali produk anda?

Branding

Apa maksud branding?

Branding bukanlah produk dan bukan sekadar logo. Ia merupakan 'proses' yang terlibat dalam mencipta nama yang unik dan imej untuk produk dalam minda pengguna, terutamanya melalui kempen pengiklanan dengan tema yang konsisten.Penjenamaan bertujuan untuk mewujudkan kehadiran yang ketara dan berbeza di pasaran yang menarik dan mengekalkan pelanggan setia.

Branding ataupun penjenamaan produk adalah aspek yang sangat penting dalam strategi bisnes, tidak kiralah bisnes besar, kecil, retail dan sebagainya

MOVAHOST merupakan branding perniagaan kami. Jelas? gunakan nama yang ringkas supaya mudah diingati.

Sebagai contoh, jika kami di MOVAHOST, kami menyediakan servis dan produk berasaskan teknologi. Seperti hosting,dan domain kepada pelanggan-pelanggan kami kami untuk online web, pemasaran digital, penyelesaian pembinaan laman web dan lain-lain.

Ringkasnya, jenama anda adalah apa yang anda janjikan kepada pelanggan anda. Kenalkan brand bisnes anda melalui KARAKTER diri sendiri.

Langkah Pemilihan Branding Yang Anda Perlu Tahu.

1. Pemilihan Nama

Nama mainkan peranan yang sangat penting. Perlu tahu, brand dan produk adalah dua perkara yang berbeza. Ramai orang tersilap, nama produk dijadikan sebagai nama brand.Jenama yang besar-besar pun senaraikan terlebih dahulu. Macam Starbucks, mereka listkan lebih dari 100 pilihan nama. Anda berapa pilihan nama yang ada?

2. Kenali Brand Anda.

Kenal pasti keunikan dan kekuatan brand anda. Anda perlu tahu apa yang membezakan brand anda dengan pesaing lain. Dah kenal, baru boleh fokus dan serlahkan kekuatan dan keunikan brand anda.Kalau boleh cari nama yang unik dan sesuai untuk dijenamakan.Tak lupa,dapatkan logo yang sesuai . Letakkan di setiap tempat dan media sosial yang anda ada. Letakkan logo di bahagian Profile Picture dan Timeline Facebook.

3. Personal Branding.

Selain brand/company profile, anda perlu guna personal profile untuk kembangkan dan kuatkan branding anda. Tambah lagi, bina FB dan IG profile untuk promote brand anda. Ini salah satu teknik booster untuk brand anda lebih cepat tersebar.

4. Objektif Sebenar.

Selain bina branding, objektif sebenar adalah anda harus fokus memberikan pengalaman kepada pelanggan atau bakal pelanggan anda. Dengan bentuk apa? Berikan value, tambah nilai atau sesuatu yang boleh beri manfaat pada mereka. Objektif dan misi syarikat yang perlu fokus lebih. Jual pengalaman yang kita ada.

5. Gunakan Hashtag Sendiri.

Cipta hashtag anda sendiri. Jadikan followers anda ingat dan mudah untuk mereka cari anda.

6. Bina Rumah Virtual.

Selain gunakan platform yang ada diatas, sebaiknya jika anda dapat membina website atau blog untuk bisnes anda. Dalam dunia online marketing, memang tak sah kalau tak ada. Kerana ianya mampu kuatkan lagi brand dan boleh dijadikan sebagai hub untuk pelanggan rujuk dan dapatkan informasi tentang produk dan brand anda secara online.

7. Kumpul Database.

Kalau anda dah berniaga sekian lama, bertahun-tahun pun tapi tak kumpul database pun tiada guna. Contoh database yang anda perlu simpan adalah nama, phone number, email, alamat dan sebagainya. Ada kaedah yang percuma dan ada yang berbayar. Software percuma adalah seperti google forms, google sheets manakala berbayar pula anda boleh pilih Getresponse, Aweber dan banyak lagi.

Ini adalah taktik atau langkah-langkah asas berkaitan branding.

Semoga bermanfaat.

Copyright © 2024 Mova