WORK FROM HOME,  tiga patah perkataan yang tanpa sedar telah berkuatkuasa di dunia disebabkan pandemic COVID-19 yang telah menolak ribuan orang untuk mencari rezeki dan keluar dari rumah. Kemelut ini telah mengubah gaya kerja masyarakat di Malaysia.

Tidak dinafikan, bekerja dari rumah bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan terutama untuk kaum wanita yang terikat dengan tugas sebagai pekerja dalam masa yang sama sebagai suri rumah yang mengguruskan keluarga.

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DAN PRODUKTIF UNTUK BEKERJA DI RUMAH?

Tips Untuk Konsisten Bekerja Dari Rumah:

1. PERANCANGAN

Rancang jadual kerja anda, anda boleh menggunakan aplikasi untuk membantu anda menguruskan masa seperti menggunakan TIMEBOXING. Ini membantu merancang hari dan minggu anda. Anda tidak suka penjadualan  secara manual menggunakan kertas? Anda boleh menggunakan clickup, Google calendar, Google Sheets atau Google Docs dan banyak lagi.

2. FOKUS

Pekara paling penting adalah fokus. Fokus adalah mengutamakan perkara paling penting dalam keadaan terpenting. Anda boleh menggunakan garis panduan ini untuk membantu anda sepanjang tempoh bekerja dari rumah ini.

Gunakan:

3. PEKA DENGAN TANGGUNGJAWAB, TUGAS, DAN MASA

Anda harus peka dengan tugas dan tanggungjawab anda. Bahagikan masa anda supaya tidak menganggu waktu kerja anda.

TANGGUNGJAWAB:

Siapkan makanan untuk di makan Ketika waktu tengahari/ lunch time di awal pagi sebelum mula waktu bekerja. Dengan cara ini, tanggungjawab anda sebagai isteri / ibu telah dilaksanakan. Ia tidak akan mencuri waktu anda bekerja untuk menyediakan makanan untuk seisi keluarga.

TUGAS:

Jalankan tugas dan arahan yang diberikan oleh majikan sebaiknya. Siapkan tugasan yang paling mendapat permintaan tertinggi untuk di siapkan terlebih dahulu.

MASA:

Jika anda bukan orang yang menepati masa, dan susah untuk menguruskan masa bekerja, anda perlu bantuan alatan digital untuk menjadikan anda seorang yang menepati masa. Sebagai contoh, anda boleh setkan setiap masa untuk anda siapakan sesuatu tugasan menggunakan jam loceng, google calender dan lain-lain.

4. PERGI BEKERJA

WORK FROM HOME, walaupun anda bekerja di rumah anda harus menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja seperti biasa. Jangan ambil kesempatan ini untuk tidur seharian di rumah. Elakkan membuka TV Ketika waktu bekerja kerana ia akan menganggu produktiviti kerja anda. Oleh itu, pastikan anda bangun pada waktu yang ditetapkan dan bersiaplah unutk bekerja seolah-olah anda pergi ke pejabat.

5. TEAM WORK

Untuk tugasan yang memerlukan perbincangan yang melibatkan ramai individu. Anda boleh menggunakan aplikasi seperti skype, google meet, hangout, zoom, dan bermacam lagi. Dengan ini, kita masih boleh berkomunikasi dengan rakan sekerja walaupun dari jarak jauh untuk membincangkan tugasan-tugasan yang berkaitan. Jadi tiada istilah untuk anda menunda kerja-kerja anda.

6. KEJUJURAN

Pekara terakhir adalah kejujuran, jujur dengan amanah dan tugasan yang telah diberikan. Walaupun anda bekerja dari rumah tanpa pengawasan majikan anda, ini tidak bermakna anda boleh melepaskan tugasan anda bergitu sahaja. Majikan mungkin tidak tahu apa yang anda lakukan, tetapi tuhan tahu apa yang anda laukakn.

Copyright © 2024 Mova