Kenapa web sistem dikenakan caj yang tinggi? Persoalan yang sering di persoalkan. Mari kita rungkaikan mengapa web sistem mahal!
Ini persoalan yang sering diajukan kepada pembangun laman web dan freelancer laman web daripada prospek dan klien.
Mengapa perkara ini berlaku ?
1. Prospek kurang jelas apa yang mereka akan terima daripada sistem laman web tersebut dengan terperinci.
2. Prospek tidak mengambil kira soal keselamatan sistem, nampak dari sudut luaran sahaja.
3. Prospek tidak pernah terfikir bahawa sistem laman web perlu dikemaskini untuk kekal relevan dengan kehendak pengguna semasa dan potensi kerentanan sekuriti semasa.
Bagi prospek dan klien yang tidak memikirkan perkara diatas, memang mereka fikir membuat sistem laman web itu hanya ‘design hadapan’ sahaja, sedangkan ‘design dalaman’ yang menjalankan sistem tersebut juga perlu diambil kira. Sistem laman web juga memerlukan hosting server untuk memastikan laman web boleh diakses 24jam/7hari, ibaratnya seperti menyewa sebuah kedai untuk memastikan web sistem dapat berfungsi pada setiap masa.
Jika anda tidak membayar hosting server,sistem laman web anda akan tergendala, samalah keadaannya seperti anda tidak membayar sewa kedai. Bagaimana mencari pembekal hosting yang menawarkan harga yang berpatutan? Jika anda ragu-ragu untuk mencari pembekal hosting, anda boleh membeli hosting dengan MOVAHOST. Movahost menawarkan pakej-pakej hosting menarik untuk anda. Anda Boleh layari https://movahost.my/ .
Pernah terjadi, terdapat satu akaun yang menggunakan sebuah sistem lawan web orang lain telah digodam dan kerugian sebanyak RM370 kredit dalam akaun tersebut. Pekara ini tidaklah asing dengan godaman akaun. Ini memandangkan sistem laman web yang mereka gunakan sudah digunakan sejak 8 tahun lepas atau lebih dan tiada perubahan dari segi sekuriti untuk sistem laman web tersebut dan semakin hari, semakin banyak cara godaman boleh dilakukan. Tiada sistem yang betul-betul selamat, apatah lagi sistem yang langsung tidak pernah dikemaskini.
Jelas? Mengapa web sistem amat mahal?
Jadi, apabila ditanya, kenapa harga web sistem mahal ? Jawapannya :
Ingat satu pekara, semakin tinggi harga sesebuah sistem, maka potensi untuk digodam semakin rendah.
Jadilah pengguna yang bijak, lindungi data anda sebelum terlambat.