Kerajaan sudah memulakan fasa menjana semula ekonomi dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Maksudnya, hampir semua sektor ekonomi dibuka dengan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat dan komprehensif ditetapkan kerajaan.

Sudah pasti kebimbangan untuk memulakan pekerjaan di dalam tempoh PKPB ini tercetus di dalam diri setiap individu. Bagi mengurangkan kadar jangkitan covid-19 ini, kita perlu cakna dengan keadaan sekeliling dan kesihatan diri, lebih mudah difahami dengan perkataan " KITA JAGA KITA".

Sebagai makluman, mana-mana syarikat perlu mendapatkan kelulusan MITI untuk dibenarkan beroperasi dengan memenuhi 10 SYARAT seperti berikut:

1. Syarikat diwajibkan mengurangkan pekerja 50 peratus daripada jumlah sedia ada.

2. Syarikat diminta menyediakan alat saringan suhu badan di pintu masuk kilang atau premis.

3. Sekiranya suhu badan dikesan melebihi paras normal, syarikat mesti menghubungi Pejabat Kesihatan atau Hospital Kerajaan terdekat.

4. Setiap pekerja mesti mematuhi prosedur pencegahan wabak seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

5. Syarikat mesti menyediakan sanitasi tangan (hand sanitizer) dan memastikan setiap pekerja memakai topeng muka.

6. Syarikat mesti melakukan proses nyah kuman di kilang dan premis.

7. Proses nyah kuman tersebut mesti dibuat tiga kali sehari.

8. Syarikat mesti memastikan kenderaan pekerja menjalani proses sanitasi.

 9. Garis panduan penjarakan sosial mesti dilaksanakan.

10. Jika ada pekerja dijangkiti Covid-19, syarikat perlu menanggung sepenuhnya semua kos perubatan dan kos lain yang berkaitan.

Tidak cukup dengan pencegahan awal di atas ini anda boleh menggunakan tip berikut untuk keselamatan dan perlindungan diri anda:

1. Sebelum memasuki tempat kerja, pastikan anda memakai topeng muka/ mask.

2. Gunakan hand sanitizer sebelum/selepas memegang sesuatu barangan.

3. Periksa suhu badan.

4. Jika anda berasa kurang sihat, jangan datang ke tempat kerja.

5. Jaga jarak ketika menaiki pengangkutan awam seperti LRT,MRT,KTM,BAS dan lain-lain.

6. Jaga jarak anda dengan pekerja lain ( 1 meter).

7. Elakkan menaiki lift jika terdapat ramai orang di dalamnya.

8. Elakkan menyentuh barangan yang berisiko tercemar dengan tangan anda seperti button lift, tombol pintu, pam minyak, mesin ATM, dll. (Gunakan sarung tangan, kain, atau tisu untuk memegang sesuatu barangan).

9. Elakkan bersentuhan/ bersalaman .

10. Elakkan memegang hidung, dan mata.

11. Elakkan pergi ke tempat orang ramai ketika waktu rehat.

12. Bawa bekal ke tempat kerja.

13. Selepas pulang dari kerja, pastikan anda membuang topeng muka anda ke dalam tong sampah.

14. Mandi selepas pulang dari kerja sebelum melakukan sebarang aktiviti harian.

15. Tawakal dengan setiap apa yang dibuat, moga kita semua dilindungi.

Moga tip-tip ini dapat membantu anda semua untuk menangani jangkitan covid-19 ini. Kita mesti menang!

Copyright © 2024 Mova