Domain anda akan menjadi identiti laman web anda di internet kelak. Oleh itu, sebolehnya gunakan nama yang unik dan catchy bagi memudahkan untuk lakukan branding.
Meskipun anda telah mencari nama yang unik dan catchy, pastikan nama yang anda pilih itu mudah disebut dan dieja orang. Penggunaan huruf seperti “x” dalam perkataan mungkin terkadang boleh menyulitkan orang semasa menyebutnya. Oleh itu, pastikan anda hindarkan penggunaan huruf-huruf sedemikian.
Pastikan anda gunakan nama yang pendek dan singkat supaya pengujung lebih senang untuk mengenali dan mengingati laman web anda. Jika anda menggunakan nama yang panjang berkemungkinan orang akan kurang mengunjungi laman web anda. Ketika memilih nama, sebaiknya jumlah huruf yang digunakan haruslah tidak melebihi 15 karakter.
Domain anda seharusnya mempunyai hubungan rapat dengan laman web atau servis yang anda cuba tawarkan. Misalnya, jika anda memiliki laman web yang melakukan bisnes jualan baju, cuba masukkan perkataan “clothing” atau apa-apa perkataan yang bersesuaian. Menggunakan keyword yang bertepatan pada domain dapat membantu SEO laman web anda untuk muncul di halaman pertama pada hasil pencarian di internet. Hal ini akan membawa lebih banyak traffic ke laman web anda kelak.
Jika target untuk pengunjung laman web anda adalah orang Malaysia, anda perlu pertimbangkan alamat domain yang hendak digunakan. Selain .com, mungkin anda boleh menggunakan alamat domain yang berakhir dengan .com.my atau .my. Sekiranya ingin mengkhususkan target pembaca dan pengunjung untuk orang Malaysia sahaja. Movahost menyediakan perkhidmatan membuat domain dan ianya terdiri daripada pelbagai jenis alamat domain yang anda boleh pilih dan mengikut kesesuaian laman web anda.
Di era ini sudah ada jutaan nama domain yang sudah berdaftar di internet sehingga sangat sukar untuk orang ramai ingat. Oleh itu, ianya sangat penting untuk memiliki nama yang menarik agar mudah diingati orang ramai. Ketika memikirkan nama untuk laman web anda, pastikan ianya ada nilai yang tersimpan di sebalik nama tersebut supaya orang akan lebih mudah mengenali dan mengingatinya nanti.
Semasa memilih nama juga, pastikan bahawa ianya tidak pernah lagi digunakan oleh pihak lain. Sekiranya pernah digunakan, pastikan nama tersebut mempunyai reputasi yang baik dan tidak menjatuhkan imej.
Nama yang baik seeloknya yang tidak menggunakan angka atau hyphen (kata penyambung) kerana boleh menjadikan nama itu rumit. Bayangkan jika Facebook memiliki hyphen di antara “Face” dan “Book” sehingga menjadi “Face-book”, tidakkah ia terlihat agak pelik? Justeru, hindarkan penggunaan angka dan hyphen merupakan antara tips yang patut dititikberatkan dalam memilih nama domain.
Sekiranya anda sudah putuskan nama yang ingin digunakan untuk laman web anda. Kunjungilah Movahost.my. Kami menyediakan perkhidmatan membuat domain untuk anda dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.
Jom baca lebih banyak artikel menarik lagi di https://movahost.my/blog/