Shared vs Dedicated vs Cloud Hosting for Faster Websites

Ia merupakan sebuah rumah untuk website anda yang tersimpan di dalam server.

Cloud hosting adalah penyelesaian terbaik bagi anda yang menginginkan sumber yang dikhaskan melalui Cloud yang mempunyai keistimewaan yang sama seperti Virtual Private Server (VPS). Bukankah shared hosting saja sudah mencukupi?

Kelemahan Shared Hosting?

Shared hosting juga mempunyai had dalam penggunaan. Selain kapasiti yang terhad, anda harus berkongasi sumber dengan pengguna lain. Ini merupakan kelemahan shared hosting, website anda mungkin akan terdedah dengan ancaman cyber atau kecurian data.

Shared hosting masih sesuai digunakan untuk website yang masih di peringkat awal. Tetapi jika anda telah menambah bilangan website anda dan masih menggunakan shared hosting, hosting anda akan terdedah dengan bahaya dan ia tidak selamat. Ini kerana anda berkongsi rumah dengan pengguna lain dan data-data anda berisiko besar untuk digodam.

Untuk situasi seperti ini, kebiasaanya pembekal hosting akan menawarkan kepada anda untuk berpindah ke VPS. Namun, ini bukan penyelesaian terbaik kerana VPS tidak mudah untuk di kemaskini dan memerlukan kepakaran untuk mengendalikannya.

Oleh itu, alternatif selain menggunakan VPS, iaitu menggunakan Cloud hosting. Apa itu Cloud hosting dan bagaimana cara kerjanya?

Web Hosting Malaysia | Windows Shared Web Hosting Features | Free SSL

Apa Itu Cloud Hosting?

Cloud Hosting merupakan salah satu teknologi yang terhubung melalui server yang berinteraksi satu sama lain dan terhubung untuk menjaga kestabilan.

Cloud Hosting menjadi tarikan dimana server yang terhubung tersebut akan mejamin keselamatan data, pengguna tidak perlu bimbang akan prestasi server atau sumber yang terhad pada hosting seperti dedicated atau shared hosting.

Ia membolehkan kita memiliki sumber tanpa batas (Unlimited Bandwidth), dan membolehkan website yang mempunyai trafik yang lebih tinggi terus stabil dan di siarkan tanpa had serta jaminan kurang risiko kerosakan server.

Konsep Cloud Hosting adalah dengan menggunakan konsep “Divide and Rule”, dimana sumber yang diperlukan akan tetap di talian dan tersebar lebih dari satu server. Sehingga kemungkinan besar tidak terjadinya "downtime" dan kerosakan kepada server.

Untuk mendapatkan hosting dengan pakej yang menarik anda boleh klik pautan ini https://movahost.my/ .

Faedah Cloud Hosting

Hosting memberikan penjimatan dalam kewangan dan ia mudah untuk diselenggara ini kerana anda tidak perlu mengeluarkan banyak pembelanjaan pada peringkat awal untuk memiliki hosting dan mencari tempat untuk menyimpan data anda.

Kesimpulannya, hosting sangat penting dan merupakan komponen utama untuk penghasilan sesebuh website seperti yang di kongsikan oleh https://marketinginasia.com/ .

Jom baca lebih banyak lagi berkaitan teknologi terkini di https://movahost.my/

Movahost menawarkan pelbagai pakej menarik untuk yang bergelar PELAJAR di luar sana. Dengan harga yang berpatutan dapat membantu anda untuk merialisasikan sebuah website idaman anda



Harga yang begitu murah. Jom mahasiswa dan mahasiswi dapatkan  pakej hosting bersama movahost!



Layari https://movahost.my/student-hosting/ untuk mendapatkan pakej hosting menarik.

BAGAIMANA UNTUK MEMILIH SPESIFIKASI HOSTING YANG TERBAIK UNTUK WEBSITE ANDA?

Panduan ini dapat membantu anda membuat keputusan dalam memilih hosting yang terbaik untuk website anda.

Dengan meneliti setiap makna yang ditawarkan oleh syarikat hosting, anda dapat menentukan syarikat mana yang menawarkan pakej terbaik untuk memenuhi keperluan anda.

Seterusnya anda dapat menjimatkan masa dan wang.

Tips pemilihan hosting yang anda boleh semak:

1. HARGA

Ini adalah faktor utama yang selalu kita lihat dalam memilih syarikat hosting. Apabila melihat harga, kita harus ingat bahawa kita dapat apa yang kita bayar. Kalau beli barang yang murah, kemungkinan kualiti produk itu juga sama nilai dengan apa yang anda bayar.

“What you pay, you get back”

Fungsi yang bagus dan support yang power serta hardware yang berkualiti untuk hosting selalunya berharga mahal dan hosting yang menawarkan harga RM30 setahun selalunya tidak menawarkan perkara ini.

Sebagai pengguna, anda selebihnya cakna dengan pakej yang ditawarkan oleh setiap syarikat, barulah anda boleh bandingkan harga. Ingat, “Good Thing Comes With Price”.

2. CUSTOMER SUPPORT

Kenapa customer support penting? Servis ini penting kerana hosting merupakan tempat penyimpanan data. Jadi pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku seperti website down dan lain-lain.

Anda perlu mencari syarikat yang menawarkan customer support 24 hours untuk memudahkan komunikasi jika berlaku perkara sedemikian.

3. SPEC YANG DITAWARKAN

Dalam bisnes online, kita harus mengelakkan downtime yang berpanjangan. Ini adalah kerana masa adalah wang.  Pembeli tidak suka untuk menunggu sesebuah website itu memaparkan saepenuhnya halaman mereka dalam masa yang panjang. Kemungkinan besar pembeli tersebut akan pergi ke website lain untuk urusan pembelian dan sebagainya. Disini anda telah kehilangan si pembawa wang.

Jika website anda mempunyai trafik yang sedikit, Share hosting yang paling asas sudah mencukupi untuk website anda.

Dengan kata lain, jika website anda menjalankan perniagaan atas talian dan mempunyai trafik yang besar, maka VPS atau dedicated adalah pilihan yang tepat untuk anda guna.

4. REKOD UPTIME

Syarikat hosting yang anda pilih harus mengambil setiap langkah untuk memastikan uptime yang maksimum. Memang tiada syarikat yang mampu memberi jaminan 1oo% uptime, tapi sekurang-kurangnya ia mampu menawarkan 99% uptime secara purata.

5. PILIH SYARIKAT YANG MEMPUNYAI REPUTASI TINGGI

Setelah anda selesai senaraikan ciri-ciri yang anda perlukan untuk website anda, langkah seterusnya ialah memilih syarikat yang mempunyai reputasi yang baik.

Jika anda memerlukan pakej hosting yang menarik dengan harga yang murah sila layari https://movahost.my/ .

Copyright © 2024 Mova