Kerajaan sudah memulakan fasa menjana semula ekonomi dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Maksudnya, hampir semua sektor ekonomi dibuka dengan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat dan komprehensif ditetapkan kerajaan.
Sudah pasti kebimbangan untuk memulakan pekerjaan di dalam tempoh PKPB ini tercetus di dalam diri setiap individu. Bagi mengurangkan kadar jangkitan covid-19 ini, kita perlu cakna dengan keadaan sekeliling dan kesihatan diri, lebih mudah difahami dengan perkataan " KITA JAGA KITA".
Sebagai makluman, mana-mana syarikat perlu mendapatkan kelulusan MITI untuk dibenarkan beroperasi dengan memenuhi 10 SYARAT seperti berikut:
1. Syarikat diwajibkan mengurangkan pekerja 50 peratus daripada jumlah sedia ada.
2. Syarikat diminta menyediakan alat saringan suhu badan di pintu masuk kilang atau premis.
3. Sekiranya suhu badan dikesan melebihi paras normal, syarikat mesti menghubungi Pejabat Kesihatan atau Hospital Kerajaan terdekat.
4. Setiap pekerja mesti mematuhi prosedur pencegahan wabak seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
5. Syarikat mesti menyediakan sanitasi tangan (hand sanitizer)dan memastikan setiap pekerja memakai topeng muka.
6. Syarikat mesti melakukan proses nyah kuman di kilang dan premis.
7. Proses nyah kuman tersebut mesti dibuat tiga kali sehari.
8. Syarikat mesti memastikan kenderaan pekerja menjalani proses sanitasi.
9. Garis panduan penjarakan sosial mesti dilaksanakan.
10. Jika ada pekerja dijangkiti Covid-19, syarikat perlu menanggung sepenuhnya semua kos perubatan dan kos lain yang berkaitan.
Tidak cukup dengan pencegahan awal di atas ini anda boleh menggunakan tip berikut untuk keselamatan dan perlindungan diri anda:
1. Sebelum memasuki tempat kerja, pastikan anda memakai topeng muka/ mask.
2. Gunakan hand sanitizer sebelum/selepas memegang sesuatu barangan.
3. Periksa suhu badan.
4. Jika anda berasa kurang sihat, jangan datang ke tempat kerja.
5. Jaga jarak ketika menaiki pengangkutan awam seperti LRT,MRT,KTM,BAS dan lain-lain.
6. Jaga jarak anda dengan pekerja lain ( 1 meter).
7. Elakkan menaiki lift jika terdapat ramai orang di dalamnya.
8. Elakkan menyentuh barangan yang berisiko tercemar dengan tangan anda seperti button lift, tombol pintu, pam minyak, mesin ATM, dll. (Gunakan sarung tangan, kain, atau tisu untuk memegang sesuatu barangan).
9. Elakkan bersentuhan/ bersalaman .
10. Elakkan memegang hidung, dan mata.
11. Elakkan pergi ke tempat orang ramai ketika waktu rehat.
12. Bawa bekal ke tempat kerja.
13. Selepas pulang dari kerja, pastikan anda membuang topeng muka anda ke dalam tong sampah.
14. Mandi selepas pulang dari kerja sebelum melakukan sebarang aktiviti harian.
15. Tawakal dengan setiap apa yang dibuat, moga kita semua dilindungi.
Moga tip-tip ini dapat membantu anda semua untuk menangani jangkitan covid-19 ini. Kita mesti menang!
WORK FROM HOME, tiga patah perkataan yang tanpa sedar telah berkuatkuasa di dunia disebabkan pandemic COVID-19 yang telah menolak ribuan orang untuk mencari rezeki dan keluar dari rumah. Kemelut ini telah mengubah gaya kerja masyarakat di Malaysia.
Tidak dinafikan, bekerja dari rumah bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan terutama untuk kaum wanita yang terikat dengan tugas sebagai pekerja dalam masa yang sama sebagai suri rumah yang mengguruskan keluarga.
BAGAIMANA NAK KONSISTEN DAN PRODUKTIF UNTUK BEKERJA DI RUMAH?
Tips Untuk Konsisten Bekerja Dari Rumah:
1. PERANCANGAN
Rancang jadual kerja anda, anda boleh menggunakan aplikasi untuk membantu anda menguruskan masa seperti menggunakan TIMEBOXING. Ini membantu merancang hari dan minggu anda. Anda tidak suka penjadualan secara manual menggunakan kertas? Anda boleh menggunakan clickup, Google calendar, Google Sheets atau Google Docs dan banyak lagi.
2. FOKUS
Pekara paling penting adalah fokus. Fokus adalah mengutamakan perkara paling penting dalam keadaan terpenting. Anda boleh menggunakan garis panduan ini untuk membantu anda sepanjang tempoh bekerja dari rumah ini.
Gunakan:
75% (Keutamaan kepada kerja anda)
15% (Pekara kecemasan)
9% (Adalah benda yang perlu dilakukan segera tetapi tidak beberapa penting seperti check email)
1% (Pekara yang memang tidak penting seperti membaca iklan, bermain permainan komputer/ REST TIME)
3. PEKA DENGAN TANGGUNGJAWAB, TUGAS, DAN MASA
Anda harus peka dengan tugas dan tanggungjawab anda. Bahagikan masa anda supaya tidak menganggu waktu kerja anda.
TANGGUNGJAWAB:
Siapkan
makanan untuk di makan Ketika waktu tengahari/ lunch time di awal pagi
sebelum mula waktu bekerja. Dengan cara ini, tanggungjawab anda sebagai isteri
/ ibu telah dilaksanakan. Ia tidak akan mencuri waktu anda bekerja untuk
menyediakan makanan untuk seisi keluarga.
TUGAS:
Jalankan
tugas dan arahan yang diberikan oleh majikan sebaiknya. Siapkan tugasan yang
paling mendapat permintaan tertinggi untuk di siapkan terlebih dahulu.
MASA:
Jika anda
bukan orang yang menepati masa, dan susah untuk menguruskan masa bekerja, anda
perlu bantuan alatan digital untuk menjadikan anda seorang yang menepati masa.
Sebagai contoh, anda boleh setkan setiap masa untuk anda siapakan sesuatu
tugasan menggunakan jam loceng, google calender dan lain-lain.
4. PERGI BEKERJA
WORK FROM HOME, walaupun anda bekerja di rumah anda harus menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja seperti biasa. Jangan ambil kesempatan ini untuk tidur seharian di rumah. Elakkan membuka TV Ketika waktu bekerja kerana ia akan menganggu produktiviti kerja anda. Oleh itu, pastikan anda bangun pada waktu yang ditetapkan dan bersiaplah unutk bekerja seolah-olah anda pergi ke pejabat.
5. TEAM WORK
Untuk tugasan yang memerlukan perbincangan yang melibatkan ramai individu. Anda boleh menggunakan aplikasi seperti skype, google meet, hangout, zoom, dan bermacam lagi. Dengan ini, kita masih boleh berkomunikasi dengan rakan sekerja walaupun dari jarak jauh untuk membincangkan tugasan-tugasan yang berkaitan. Jadi tiada istilah untuk anda menunda kerja-kerja anda.
6. KEJUJURAN
Pekara terakhir adalah kejujuran, jujur dengan amanah dan tugasan yang telah diberikan. Walaupun anda bekerja dari rumah tanpa pengawasan majikan anda, ini tidak bermakna anda boleh melepaskan tugasan anda bergitu sahaja. Majikan mungkin tidak tahu apa yang anda lakukan, tetapi tuhan tahu apa yang anda laukakn.
Pelanggan pascabayar dan prabayar empat syarikat telekomunikasi utama negara akan diperuntukkan internet berkelajuan tinggi secara percuma, dengan kuota satu gigabait (GB) sehari, mulai 1 April ini sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan pemberian kuota secara percuma untuk pelanggan syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis serta U Mobile itu adalah untuk digunakan antara jam 8 pagi hingga jam 6 petang.
“Panggilan percuma juga diberikan kepada pelanggan untuk menghubungi talian hotline Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) , beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, antaranya internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta, mulai 1 April ini sehingga tempoh pelaksanaan PKP ditamatkan.
CARA MENEBUS DATA MUDAH ALIH UNTUK RANGKAIAN DIGI,CELCOME,uMOBILE, & Maxis :
1. Maxis – Perlu Ditebus Setiap Hari
Penawaran data percuma ini tersedia untuk semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis (kecuali pengguna MaxisONE). Penebusan perlu dibuat setiap hari dan hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja (penggunaan di luar waktu yang dinyatakan akan diambil kira daripada data sedia ada). Penebusan data boleh dibuat menerusi tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.
Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –> pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi tab ‘Shop’
2. UMobile – Daftar & Terima Secara Automatik
UMobile menawarkan data percuma ini kepada semua pelanggan semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband (kecuali pengguna WeChat Go). Data ini tersedia untuk semua perkhidmatan Internet termasuk melayari web, penstrumab video serta perkhidmatan lain dan boleh digunakan untuk hotspot.
Untuk makluman, penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Pengguna boleh menyemak baki kuota dengan mendail 1186# untuk prabayar atau 1187# untuk pascabayar. Untuk penebusan, sila dail :
*118*6*7# untuk pengguna prabayar
*118*7*6# untuk pengguna pascabayar
3. Celcom – Penebusan Tidak Diperlukan
Tidak seperti Maxis dan UMobile, pelanggan Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia akan tersedia secara automatik di dalam akaun setiap hari. Data internet ini juga hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan baki data yang tidak digunakan akan terhapus serta tidak boleh di bawa ke lain hari.
Penggunaan untuk hotspot juga dibenarkan untuk tawaran data percuma ini. Internet percuma hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja. Pelanggan boleh menyemak baki kuota data ini menerusi aplikasi Celcom Life atau mendail nombor di bawah,
*118*1*1*2# untuk pengguna prabayar
*118# untuk pengguna pascabayar
4. Digi – Internet dan Panggilan Percuma
Untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti, semua pelanggan pascabayar dan broadband Digi akan menerima data Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari.
Data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi. Selain itu, mana – mana pelanggan prabayar Digi yang menambah nilai RM10 dan keatas layan menikmati Internet serta panggilan percuma seperti berikut :
Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB Internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hari
Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari.
Kepada semua pelanggan yang dihormati,
Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Perdana Menteri Malaysia baru saja membuat perutusan khas dan mengumumkan yang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April nanti disebabkan kes positif covid-19 yang masih lagi berlaku. Perkara ini juga dimaklumkan awal untuk memberi peluang kepada rakyat agar lebih bersedia untuk menempuh lanjutan PKP itu.
Susulan kenyataan tersebut, Movahost terus komited untuk menyambung perkhidmatan dalam talian sehingga 14 April 2020. Anda boleh menghubungi kami di melalui pautan INI.
Kepada Semua Yang Berkenaan,
Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah wabak COVID-19 (Coronavirus). Bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan pekerja, rakan kongsi, keluarga dan komuniti, Movahost telah bertindak untuk menutup ibu pejabat buat sementara waktu dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 bagi mengelakkan jangkitan penyebaran COVID-19 dari terus berleluasa.
Walau bagaimana pun, talian sokongan kami akan terus dibuka 24/7 untuk memastikan perjalanan hosting terus aktif. Sebarang pertanyaan atau bantuan, anda boleh memaklumkan kepada saluran seperti berikut :
Whatsapp: 017-226 8859
Live chat di movahost.my
Email kami di support@movahost.my
Sebarang pembelian domain atau hosting juga dibuka seperti biasa dan kami berjanji untuk memberi sokongan tanpa menjejaskan kualiti dan servis.