SSL certificate bermaksud Secure Sockets Layer untuk singkatan HTTPS. Biasanya SSL akan terdapat simbol mangga pada URL.
SSL adalah satu teknologi keselamatan standard untuk menubuhkan pautan yang telah di enkripsikan antara pelayan dan pelanggan seperti pelayan web (laman web) dan pelayar. SSL adalah standard industri dan digunakan oleh berjuta-juta laman web dalam melindungi urus niaga dalam talian mereka dengan pelanggan mereka.
Maksud lain bagi SSL adalah protokol keselamatan yang paling banyak digunakan pada laman web pada hari ini. Ia pada asasnya adalah protokol yang menyediakan saluran yang selamat (secure connnection ) antara dua mesin yang beroperasi melalui internet atau rangkaian dalaman . Dalam dunia internet hari ini protokol SSL biasanya digunakan apabila pelayar web perlu selamat menyambung ke pelayan web melalui Internet yang memang diketahui tidak selamat.
Ianya amat penting terutamanya ketika kita melakukan online banking, membeli-belah secara dalam talian (e-Commerce). SSL ini membolehkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit, maklumat akaun bank, dan kata laluan dihantar dengan selamat. Data yang dihantar antara pelayar dan pelayan web biasanya di dalam bentuk teks biasa yang tidak selamat dan terdedah kepada pencurian. Oleh itu, maklumat kritikal yang dihantar boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak diingini sekiranya mereka berjaya memintas data yang dihantar antara pelayar dan pelayan web.
Biasanya SSL Certificate akan mengandungi nama domain, nama syarikat anda, alamat anda, bandar anda, negeri anda dan negara anda. Ia juga akan mengandungi tarikh tamat Sijil dan butir-butir Pihak Berkuasa Persijilan bertanggungjawab bagi pengeluaran Sijil.
Jika anda tidak menggunakan SSL, kemungkinan besar data-data anda terdedah kepada sebarang pencerobahan oleh penggodam.
Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah wabak COVID-19 (Coronavirus). Bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan pekerja, rakan kongsi, keluarga dan komuniti, Movahost telah bertindak untuk menutup ibu pejabat buat sementara waktu dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 bagi mengelakkan jangkitan penyebaran COVID-19 dari terus berleluasa.
Walau bagaimana pun, talian sokongan kami akan terus dibuka 24/7 untuk memastikan perjalanan hosting terus aktif. Sebarang pertanyaan atau bantuan, anda boleh memaklumkan kepada saluran seperti berikut :
Sebarang pembelian domain atau hosting juga dibuka seperti biasa dan kami berjanji untuk memberi sokongan tanpa menjejaskan kualiti dan servis.
Terima kasih kerana terus menyokong movahost
#workfromhome #movahost #coviv19